Pulau Mutiara Pulau Pinang Kita

Pulau Mutiara Pulau Pinang Kita,

Kekalkan keindahan dan kebersihan,

tanggungjawab bersama....

Wednesday, March 24, 2010

Taman sampah, lalat...

JERANTUT: Sikap ‘lepas tangan’ agensi pelancongan berhubung penjagaan kebersihan kawasan perkhemahan di sekitar Taman Negara, Kuala Tahan, di sini boleh mencemari keindahan pusat pelancongan itu, seterusnya menimbulkan persepsi negatif kepada pelancong asing.

Tinjauan Edisi Timur di pusat perkelahan Kuala Tahan berdekatan sungai Tembeling mendapati ia semakin tercemar gara-gara sikap ‘acuh tidak acuh’ pengusaha agensi pelancongan yang membawa pelancong ke situ membiarkan sampah-sarap berselerakan.

Lebih memburukkan keadaan apabila sampah- sarap itu diharungi lalat berpunca sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab pelancong yang berkhemah di situ.

Taman Negara yang berstatus hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun mungkin dilabelkan hutan paling kotor di dunia jika masalah sedemikian tidak ditangani serta penguatkuasaan ketat dilaksanakan.

Sepatutnya, pengusaha agensi pelancongan turut mengambil inisiatif menjaga kebersihan untuk mendapat lebih ramai pengunjung tetapi jika sebaliknya, mereka turut menjadi antara faktor menyebabkan penurunan kehadiran pelancong.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Tahan, Zamri Mat Amin, berkata kerakusan mengaut keuntungan dalam industri pelancongan tanpa menghiraukan kebersihan alam sekitar boleh menjejaskan keindahan semula jadi. "Sepatutnya sampah-sarap dibuang di tempat disediakan atau ditanam di kawasan daratan supaya tidak berselerakan sehingga menjadi punca pencemaran Sungai Tembeling. "Mereka juga sepatutnya menyediakan beg sampah sesuai dan memberi pelancong beg untuk memudahkan mereka mengangkut dan membuang sampah," katanya.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Hamzah Abd Hamid berkata, pengusaha agensi pelancongan yang membawa pelancong ke kawasan perkhemahan perlu lebih bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan. "Jika tidak, kita sendiri yang malu apabila pelancong terutama dari luar negara menghebahkan keadaan kotor di sini kepada rakan mereka atau disiarkan dalam laman web mereka dan mungkin menjejaskan kehadiran lebih ramai pelawat. "Ia sekali gus boleh menjejaskan pendapatan daripada produk pelancongan akan terjejas dan merugikan kita," katanya.

Setiausaha JKKK Kuala Tahan, Zainuddin Daman berkata, pengusaha agensi pelancongan sudah diberitahu supaya menjaga kebersihan dengan menyediakan beg plastik sampah mencukupi. "Mereka sepatutnya memberitahu pelancong supaya tidak membiarkan sampah bertaburan bimbang haiwan akan makan dan membahayakan pengunjung lain," katanya. Katanya, apa yang membimbangkan ialah jika musim hujan apabila sampah yang berselerakan berkenaan dihanyutkan air sebelum masuk ke dalam sungai Tembeling.

- Berita Harian

Friday, March 19, 2010

Iklan haram bersepah

SELAYANG: Iklan haram yang bersepah di sepanjang tiang jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Kepong dan Selayang memburukkan pemandangan di kawasan terbabit. Jika sebelum ini iklan haram ditampal di tembok, pondok telefon dan tiang elektrik di tepi jalan, kini lokasi iklan itu lebih luas dipercayai bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan sekitar.

Walaupun terdapat tanda-tanda iklan haram lama sudah dibuang, ia tidak menghalang mereka yang masih berdegil daripada menampal iklan haram baru di tempat sama.

Beberapa penduduk sekitar ketika ditemui berkata, iklan haram yang ditampal di situ pernah beberapa kali dibersihkan pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Namun, ia seolah-olah tidak memberi kesan untuk iklan haram baru ditampal keesokan harinya,” kata pekerja kilang, Radhi, 20-an, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Radhi, kebanyakan iklan haram itu mengandungi pelbagai tawaran perkhidmatan seperti tuisyen, kerja kosong, pemasangan perkakas teknikal dan pinjaman wang haram yang dipercayai along.

Eksekutif pemasaran, Fatihah Yahya, 27, berkata dia pernah melihat beberapa pekerja dipercayai warga asing sedang menampal iklan haram itu di sekitar Kepong pada lewat petang dan malam.

“Mereka akan berpecah dan berjalan dari satu lokasi ke lokasi berlainan dipercayai untuk menampal iklan terbabit,” katanya.

(Harian Metro)

Pihak berkuasa hendaklah membanteras iklan haram ini secara berterusan dan bukan hanya pada musim-muism tertentu sahaja. Orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk memamlumkan kepada pihak berkuasa.

Iklan-iklan haram ini telah menimbulkan suasana yang tidak sihat serta mengotorkan pandangan.

Bagi yang memasang tanda arah untuk ke rumah majlis kenduri perkahwinan juga perlu bertanggungjawab, selepas dua hari majlis dilaksanakan iklan yang diletakkan di simpang-simpang jalan hendaklah ditanggalkan oleh mereka yang memasangnya. Jangan dibiarkan sehingga tanda arah tersebut tertanggal sendiri...

Potong cue...

Sikap pemandu di Malaysia, memotong barisan atau 'potong cue' sudah menjadi satu amalan dan praktik untuk cepat sampai ke destinasi. Asalkan ada saja lampu isyarat merah, sudah tentu gejala ini akan berlaku. Bagi meninjau kebenaran kenyataan ini, tunggu saja di setiap simpang yang mempunyai lampu isyarat, khususnya disimpang jalan yang mempunyai dua laluan... sama ada untuk terus ke hadapan atau belok ke kanan.

Tentu ada pemandu yang mengambil tempat di ruang belok ke kanan, dan bila tiba saja lampu hijau, pemandu tersebut akan terus memecut. Inilah sikap yang paling ketara ketika di simpang berlampu.

Pengalaman saya semasa memandu dari Guar Chempedak ke Alor Setar, senario seperti ini boleh dilihat di Persimpangan Guar Chempedak dan persimpangan Simpang Empat Kangkong, malahan boleh dikatakan disetiap persimpangan, di mana-mana simpang yang berlampu. Jadi tidak hairanlah kalau Ketua Pengarah JPJ dapat mengesan beratus-ratus kesalahan jalan raya sepanjang beliau memandu dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Ada cadangan pihak berkuasa mengambil tindakan di atas kesalahan memotong cue, tunggu saja di persimpangan berlampu, boleh saman berpuluh-puluh kenderaan dalam tempoh 1/2 jam.

Lagi Perangai Buruk Pemandu di Jalanraya

BERBICARA mengenai perangai buruk pemandu Malaysia, pasti ada yang mengangkat kening memikirkan apa kesalahan yang sudah dilakukan.

Bagi mereka yang sering memandu di ibukota, pasti pernah melihat pemandu kenderaan menjentik putung rokok keluar tingkap kereta seolah-olah tiada kesalahan dilakukan.

Ada yang lebih ekstrem membuang sampah berat termasuk lampin pakai buang, kulit pisang, pembalut aiskrim, plastik pembungkus dan lain-lain yang mereka merasakan kenderaan mereka perlu lebih bersih.

(Utusan Malaysia)

Apakah ini sikap dan menjadi sebahagian budaya yang ditonjolkan rakyat Malaysia ketika di jalanraya. Memang kita boleh melihat senario ini ketika berada di jalan raya. Kalau dulu kita sering menyalahkan pemandu luar, terutama negara jiran, tetapi sebaliknya adakah kita sudah cukup kesedaran sivik.

Biar kereta kita bersih asalahkan jalanraya kotor... he... sikap yang sangat menjengkelkan. Di sini saya ingin mencadangkan, pemandu yang dibelakangnya yang melihat sikap 'kurang cerdik' seperti ini membunyikan hon sebagai protes dan amaran dan kalau yang membawa kamera, ambil gambar serta kirimkan kepada media... bukan apa sebagai pengajaran dan pendidikan....

Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?

MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit.

Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk berniaga.

Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?

Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.

Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak perlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu.

FAUZI ASMARA

Guar Chempedak,Kedah

(Utusan Malaysia)

Wednesday, March 3, 2010

Bersihkah negeri kita?

Pulau Pinang yang memang terkenal sebagai mutiara timur, memang tidak hilang dalam lipatan sejarah. Tempat-tempat menarik, unik dan indah segalanya masih ujud di Pulau Mutiara ini. Kini segala keindahan hendaklah dikekalkan dan bukan sebagai nostalgia semata-mata. Dimana kebiruan air lautnya, Pantai Batu Feringgi, tanjung Bungah dan Telok Bahang, di mana kejernihan waterfallnya, Taman Rimba, Air terjun Titi Kerawang...., Kebun Bunga,