Walaupun terdapat tanda-tanda iklan haram lama sudah dibuang, ia tidak menghalang mereka yang masih berdegil daripada menampal iklan haram baru di tempat sama.
Beberapa penduduk sekitar ketika ditemui berkata, iklan haram yang ditampal di situ pernah beberapa kali dibersihkan pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
“Namun, ia seolah-olah tidak memberi kesan untuk iklan haram baru ditampal keesokan harinya,” kata pekerja kilang, Radhi, 20-an, ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Radhi, kebanyakan iklan haram itu mengandungi pelbagai tawaran perkhidmatan seperti tuisyen, kerja kosong, pemasangan perkakas teknikal dan pinjaman wang haram yang dipercayai along.
Eksekutif pemasaran, Fatihah Yahya, 27, berkata dia pernah melihat beberapa pekerja dipercayai warga asing sedang menampal iklan haram itu di sekitar Kepong pada lewat petang dan malam.
“Mereka akan berpecah dan berjalan dari satu lokasi ke lokasi berlainan dipercayai untuk menampal iklan terbabit,” katanya.
(Harian Metro)
Pihak berkuasa hendaklah membanteras iklan haram ini secara berterusan dan bukan hanya pada musim-muism tertentu sahaja. Orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk memamlumkan kepada pihak berkuasa.
Iklan-iklan haram ini telah menimbulkan suasana yang tidak sihat serta mengotorkan pandangan.
Bagi yang memasang tanda arah untuk ke rumah majlis kenduri perkahwinan juga perlu bertanggungjawab, selepas dua hari majlis dilaksanakan iklan yang diletakkan di simpang-simpang jalan hendaklah ditanggalkan oleh mereka yang memasangnya. Jangan dibiarkan sehingga tanda arah tersebut tertanggal sendiri...
No comments:
Post a Comment