Sikap pemandu di Malaysia, memotong barisan atau 'potong cue' sudah menjadi satu amalan dan praktik untuk cepat sampai ke destinasi. Asalkan ada saja lampu isyarat merah, sudah tentu gejala ini akan berlaku. Bagi meninjau kebenaran kenyataan ini, tunggu saja di setiap simpang yang mempunyai lampu isyarat, khususnya disimpang jalan yang mempunyai dua laluan... sama ada untuk terus ke hadapan atau belok ke kanan.
Tentu ada pemandu yang mengambil tempat di ruang belok ke kanan, dan bila tiba saja lampu hijau, pemandu tersebut akan terus memecut. Inilah sikap yang paling ketara ketika di simpang berlampu.
Pengalaman saya semasa memandu dari Guar Chempedak ke Alor Setar, senario seperti ini boleh dilihat di Persimpangan Guar Chempedak dan persimpangan Simpang Empat Kangkong, malahan boleh dikatakan disetiap persimpangan, di mana-mana simpang yang berlampu. Jadi tidak hairanlah kalau Ketua Pengarah JPJ dapat mengesan beratus-ratus kesalahan jalan raya sepanjang beliau memandu dari Kelantan ke Kuala Lumpur.
Ada cadangan pihak berkuasa mengambil tindakan di atas kesalahan memotong cue, tunggu saja di persimpangan berlampu, boleh saman berpuluh-puluh kenderaan dalam tempoh 1/2 jam.
Dunia Politik... Aargghh!!!
15 years ago
No comments:
Post a Comment